Wednesday 28 December 2011




kejadian yang tidak mungkin luput dari ingatanku....

diantara 3 penumpang tingkat bawah bas 2 tingkat yang terselamat ialah penulis blog ini...

"SITI MUNIRA BT HASHIM" inilah nama yang disenaraikan sebagai penumpang yang maut pada mulanya..
bayangkan,bagaimana hancurnya hati seorang ibu yang menunggu kepulangan anaknya
yang hampir sebulan menuntut ilmu untuk menyambung pengajiannya...bak kaca yang
hancur berkecai bila mendengar berita kemalangan bas yang baru dinaiki anaknya malam
tadi sekaligus telah meragut nyawa 10 penumpang lain termasuk anaknya sendiri..

anak-anak yang menunggu hari siang untuk menjemput ibunya di stesen bas tergamam
seketika bila mendengar nama ibunya disebut sebagai penumpang yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut..
hanya satu soalan yang terkeluar dari mulut anakku yang kedua "tok,mak mati ke???
tiada jawapan untuk jawapan anakku dari mulut toknya...hanya deraian air mata...

allahuakhbar....itu reaksi ahli keluargaku,bagaimana pula perasaanku yang berada
di tempat kejadian...aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk mentafsirkan perasaanku pada waktu itu,hanya tangisan yang menjawab semua persoalan....ya allah...aku seperti dihidupkan kembali,melihatkan keadaan bas & mangsa yang maut,aku sempat mengucapkan rasa syukur kepada allah kerana aku terselamat...allahuakhbar...
kesan daripada kemalangan tersebut,aku trauma sehingga kini.....bila terpandang bas
ekspress 2 tingkat & warna merah jantungku berdegup kencang,bayangan2 ditempat kejadian mula terpapar...

hanya allah yang tahu bagaimana perasaanku...

M



MOHD SUHAIMI BIN HASHIM & MOHD LUQMAN BIN HASHIM

sape lagi dua teruna kacak ni kalau bukan adik-adikku.........

oooopppssss.....seorang jer yang masih teruna....

yang seorang lagi ni dh berpunya dah...dah ada baby pun.

baby girl yang comel Nur aisya humaira...next time kita tengok gambar aisya lak ye...

abang polis ni masih teruna & available...kot la...

kalau nak confirm kena la tanya abg polis ni sendiri...

Monday 26 December 2011

p


Putera kesayangan....
Assalammualaikum...
baru berpeluang untuk update blog,,,
gunakan masa yang ada sebaik-baiknya untuk menjadi suri rumahtangga sebelum sesi persekolahan bermula..
apa lagi keje surirumah ni,errmmm....
mengemas,memasak,cuci baju.lipat baju...
setiap hari buat benda yang sama,tapi tak juga habis-habis...
masa ni juga la nak cri resepi2 best kat internet,pastu masak..makan...
kalau dah mula sekolah xde masa dah nak masak best2...sibuk la mengadap rah,dengan nak prepare untuk praktikum lagi...rasa cam x cukup masa je nak wat semua tu...
cukup masa atau tidak itulah kenyataan yg perlu dihadapi...
nak jadi wanita berkerjaya kan...